Ahli YAKEB terima skim bantuan khas

Bekas atlet bola keranjang negara (oku), Mohd Faiz b. Zamanhuri yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat Gangsa, melalui sukan SEA Korat 1997, telah menerima skim bantuan khas dari Yakeb.

 

Beliau yang juga bekerja sebagai khidmat pelanggan Pizza Hut, mengalami lumpuh separuh badan selepas kemalangan. Beliau juga mempunyai ibu yang menghidap penyakit barah tahap 4. Kini beliau disahkan tidak sihat kerana mengalami jangkitan kuman di kaki.  

 

Antara pencapaian terbaik beliau ketika menjadi atlet bola keranjang negara ialah memenangi pingat Perak dalam Sukan SEA pada tahun 1999.

 

 

Leave a Reply