Annuar tak layak: Bakri

Kuala Lumpur: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni (No ahli : 531) menegaskan penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa tidak layak menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu 25 Mac ini.

Bakri, 65, antara watak penting kejayaan skuad Harimau Malaysia melangkah secara merit ke Sukan Olimpik 1980 sebelum kontinjen negara memboikot temasya itu, beranggapan kegagalan Annuar dalam menangani pelbagai kontroversi sepanjang bergelar Presiden KAFA dikhuatiri mengulangi kesilapan sama.

Sebaliknya, beliau melihat calon paling sesuai memikul tugas di Wisma FAM itu adalah bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang disifatkannya individu cukup komited dan amanah selain Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya rasa beliau (Annuar Musa) tidak wajar mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menawarkan diri bertanding kerusi Presiden FAM kerana jelas persatuan (KAFA) yang diuruskannya sekarang bermasalah.

“Lagipun beliau bukan bekas pemain dan terlalu banyak kontroversi yang membabitkan dirinya. Di luar negara, kebanyakan presiden adalah bekas pemain yang tahu mengenai ilmu bola sepak termasuk soal pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Sumber : Harian Metro – 17hb Januari 2017

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.