Dollah Mahu Tok Gajah ‘Segar Semula’

Kuantan : Jurulatih Pahang Dollah Salleh (No Ahli : 1085) mahu mengembalikan skuad itu pada prestasi terbaik seperti diharapkan penyokongsepanjang menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Katanaya, kejayaan menempah tiket ke suku akhir Piala FA adalah detik terbaik untuk memulihkan imej skuad Tok Gajah selepas gagal menyerlah musim lalu.

Menurutnya, dengan komitmen tinggi dipersembahkan pemain tiada yang mustahil untuk merealisasikan impian meraih kejuaraan musim ini.

“Bagi saya, misi utama adalah mengembalikan pahang ke tahap prestasi sebenar seperti diharapkan penyokong untuk melihat skuad Tok Gajah bangkit mencipta kejayaan.

“saya percaya pemain dapat mengekalkan rentak cemerlang dan beraksi lebih baik sebagus Liga Super .” katanya di sini semalam.

Dollah berkata, tempoh rehat liga yang agak panjang memberi peluang untuk memulihkan kembali kecederaan beberapa pemain pasukan itu. 

Sumber : Harian Metro – 15hb Mac 2017

Leave a Reply