Hari Sukan Negara 2017

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 (HSN2017) disambut meriah di perkarangan Bandar Sukan Bukit Jalil dengan pelancaran peringkat kebangsaan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Sambutan HSN yang diadakan pada setiap minggu kedua oktober itu merupakan satu inisiatif kearah mencapai Malaysia sebagai sebuah ‘ Negara Bersukan’. Pelbagai acara diadakan pada tahun ini seperti Larian Fit 10km /5km , berbasikal 10km/30km, Zumba dan persembahan yang menjadi acara utama setiap kali pengangjuran HSN.

Yayasan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah disediakan satu booth oleh pihak penganjur bertujuan untuk membuat pameran serta “meet & greet Session” bersama beberapa bekas atlet yang turut sama menyemarakkan lagi Hari Sukan Negara 2017. Antara bekas atlet yang terlibat adalah lagenda bola sepak Negara Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan dan Dato Santokh Singh. Turut hadir juga adalah lagenda olahraga Negara Dato’ M Rajamany dan bekas atlet olimpik berbasikal Negara Yahya Ahmad.

Leave a Reply