Liga Tahfiz Bantu Ubah Tanggapan Masyarakat

Kuala Lumpur : Penganjuran Liga Bola Sepak Kebangsaan Tahfiz yang julung kali diadakan dilihat bakal menjadi instrumen penting dalam mengubah tanggapan masyarakat terhadap masyrakat terhadap kelompok terbabit yang selama ini disifatkan hanya cenderung terhadap aktiviti keagamaan semata-mata.

Liga yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) itu juga sedikit banyak membuktikan betapa teras kokurikulum tahfiz kini lebih bersifat terbuka dan seimbang untuk semua komuniti di negara ini.

Presiden YAKEB, Datuk Malek Noor (No ahli : 331) berkata, penganjuran aktiviti kesukanan dilihat dapat mejadi pemangkin terhadap generasi baharu tahfiz yang lebih sihat dan memiliki jiwa yang bersih.

“selama ini, masyarakat sering menganggap bahawa golongan tahfiz hanya menjurus kepada aktiviti keagamaan sahaja dan tidak didedahkan dengan perkara lain. Jadi penganjuran liga ini membuktikan betapa sukan turut diketengahkan dalam kelompok terbabit.

“Kita juga mahu mengubah tanggapan di mana pelajar tahfiz sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan dengan bersukan, ia dapat menjadi ejen untuk membendung perkara terbabit daripada menyusup masuk ke dalam komuniti itu.

Banyak manfaat

“Selain itu, program ini juga selari dengan kempen #1Malaysia 1Hope (#1M1H) yang bergerak atas pakej perpaduan tanpa mengira latar belakang untuk mambantu segenap lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Liga Boal Sepak Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Selain Malek, dua bekas pemain Selangor, Hanafiah Ali dan Kamrul Zaman Yussoff turut dilantik selaku panel pemilih untuk menilai pemain yang terbaik dan memiliki berpotensi besar untuk membawa cabaran Kuala Lumpur ke temasya terbabit.

Sementara itu, Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood memuji inisiatif YAKEB yang menganjurkan program terbabit sekali gus membuktikan komitmen mereka untuk melahirkan bakat bola sepak dalam kalangan pelajar tahfiz.

Sumber : Berita Harian – 12 Disember 2016

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.