Mesyuarat bersama Perbadanan Stadium Nasional bagi mencadangkan WALK OF FAME

20 Mac 2018 – satu mesyuarat bersama Perbadanan Stadium Nasional bagi mencadangkan WALK OF FAME telah diadakan.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk menghormati dan merizab sumbangan para atlet yang telah mengharumkan nama mereka dan negara serta individu yang minatnya kepada sukan, bekerja keras membawa perubahan kepada atlet dan sukan. Setiap individu yang mendapat pengiktirafan akan dikurniakan dengan plak berserta gambar di Sports Wall & Walk of Fame

Mesyuarat ini juga berinisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai sumbangan yang diberikan oleh para atlet yang telah membawa nama negara ke persada dunia. 

Selain daripada itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pasukan dan individu yang pencapaiannya telah membawa kemasyhuran kepada diri mereka sendiri dan
ke negara. Mereka akan diberi penghormatan dengan “bintang” pada Walk of Fame sebagai tribut kemasyhuran mereka dalam bidang masing-masing, supaya generasi akan datang dapat menghargai sejarah sumbangan dan pencapaian atlet. 

 

Leave a Reply