Seramai 92 orang peserta yang terdiri daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Salute, mahasiswa, artis, atlit, dan media mewakili 12 buah kumpulan bertanding dalam kejuaraan ini.

Presiden Salute, Datuk Rizal Mansor berkata, idea asal program ini datang daripada Rosmah sendiri dan diterjamahkan oleh Salute dalam bentuk pertandingan boling.

“Dua bulan lepas, Rosmah ada mencadangkan kami supaya mengadakan sebuah majlis yang menghimpunkan semua lapisan masyarakat.” “Jadi kami terjemahkannya dalam bentuk sukan boling kerana ia boleh disertai oleh semua dan ia satu sukan yang mudah,” katanya ketika ditemui hari ini. Tambah Rizal, sekiranya program ini berjaya ia akan menjadi acara tahunan bagi badan sukarelawan ini.