Sesi “engagement & membership drive” di Sarawak serta serahan sumbangan khairat kematian kepada waris mendiang William Yeo.

Sesi turun padang kali ini adalah di Kuching ,Sarawak bagi menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada isteri mendiang William Yeo ,bekas atlet angkat berat Negara yang berasal dari Sarawak.

Selain dari penyerahan sumbangan, sesi ini turut disambung dengan majlis memperkenalkan Yayasan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) kepada komuniti sukan di Sarawak dan memberi sedikit maklumat mengenai bantuan dan usaha YAKEB dalam membantu bekas-bekas atlet kebangsaan.

Leave a Reply