May 28, 2015

Skim Bantuan Khas YAKEB

JENIS BANTUAN

KADAR

SYARAT KELAYAKAN / BUTIRAN

Rawatan Perubatan Hospital (‘Inpatient’)

RM 20,000

a) Atlet/Bekas Atlet Negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU) yang telah berdaftar dengan YAKEB, serta pernah mewakili negara dalam salah satu kejohanan sukan seperti berikut :Olimpik, Komanwel, Asia, Sukan Sea, Paralimpik dan Kejohanan Sukan Dunia yang diiktiraf.

b) Tiada Had Umur Untuk Khairat/Pampasan Kematian. Pampasan di berikan kepada waris yang didaftarkan.

c) Sumbangan Kemasukkan Ke Wad Hospital Diberikan Sekali Sahaja Dalam Setahun. Keutamaan Adalah Hospital Kerajaan.

d) Contoh Bencana Alam ; Banjir, Kebakaran dan Sebagainya.

e) Kes Kematian Perlu Dibuktikan Melalui Surat Pengesahan Kematian.

f) Perkahwinan – hanya perkahwinan yang disahkan serta yang pertama dalam satu-satu masa.

Kemasukkan Bekas Atlet  Ke Wad Hospital

RM 500

Bantuan Tunai Bencana Alam

RM 500

Suami / Isteri Atlet atau Bekas Atlet Meninggal Dunia

RM 500

Atlet / Bekas Atlet Negara Yang Melangsungkan Perkahwinan

RM 250

Bantuan Bekas Atlet Negara/OKU Warga Emas

RM 300 sebulan

a) Bekas atlet negara/OKU warga emas berumur 65 tahun ke atas

b) Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup

c) Tiada keluarga atau menmpunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

d) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia serta Bekas Atlet Negara/OKU berdaftar dengan YAKEB.

e) Penilaian Akan Dibuat Setiap Enam (6) Bulan.

Bantuan Bekas Atlet Negara/OKU Tidak Berupaya Bekerja

RM 150 sebulan

a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

b) Tiada sumber pendapatan tetap (sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain)

c) Bekas atlet negara/OKU berdaftar dengan YAKEB

d) Penilaian Akan Dibuat Setiap Enam (6) Bulan.

Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan

RM 2000

a) Bekas atlet negara/OKU yang berdaftar dengan YAKEB

b) Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan yang bertauliah

c) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

d) Contoh; Kerusi Roda dan Sebagainya

Bantuan Kewangan Kepada Bekas Atlet Negara/OKU Untuk Melanjutkan Pelajaran

Peringkat Sijil (RM500)

Peringkat Diploma (RM 1000)

Peringkat Ijazah Pertama (RM 1500)

a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

b) Tiada sumber pendapatan tetap (sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain)

c) Bekas atlet negara/OKU berdaftar dengan YAKEB.

d) Sumbangan Akan Diberikan Sekali Sahaja Dalam Sepanjang Pengajian.

 

 

Leave a Reply