YAKEB melawat bekas atlet di Terengganu

YAKEB telah menghulurkan bantuan kepada bekas wira angkat berat Negara, Che Mohd  Azrol Che Mat, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu. Beliau kini menderita dengan sakit buah pinggang, selain jangkitan kuman dalam paru-paru, hati dan limpa.

Pemenang 2 pingat emas di Sukan SEA 2003 di Vietnam dan 2005 di Filipina dalam acara angkat berat kategori 105 kilogram, meluahkan rasa terkilan seolah-olah tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak sehinggalah pihak YAKEB datang dan memberi bantuan awal dan susulan. Che Mohd Azrol Che Mat bergelumang sebagai atlet angkat berat selama 14 tahun dan 3 tahun sebagai jurulatih.

Turut serta dalam lawatan ini, ialah Dato Dr. Alwi (Penasihat kesihatan YAKEB), En Zuhaimi Omar (Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu), En zuhairi (Pengurus Besar YAKEB) dan En Aminuddin (Pengurus Operasi  YAKEB).

Hasrat Azrol untuk naik taraf bilik kelas wad 1 telah dipenuhi semasa lawatan susulan oleh pihak YAKEB bersama Dato Dr. Alwi.

Leave a Reply