YAKEB melawat Lu Khai Muoang (bekas atlet renang)

Pada 30 Januari yang lepas, wakil YAKEB berkesempatan untuk melawat bekas atlet renang negara, Lu Khai Muong di Hospital Bintulu, Sarawak.

Beliau yang mengungguli acara backstroke ketika Sukan SEAP Burma 1969, Sukan ASIAN Bangkok 1970 dan Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971 kini mengidap penyakit strok yang kritikal.

Beliau yang mempunyai 4 orang anak sebelum ini pernah bekerja sebagai jurulatih renang di sebuah kelab di Sarawak. Turut melawat beliau adalah lagenda olahraga negara, Watson Nyambek.

 

Leave a Reply