YAKEB turun padang melawat bekas atlet di Utara .

Pada 13 Januari yang lepas, Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah berkunjung ke rumah  lagenda bolasepak Negara Datuk Namat Abdullah (no ahli:283) untuk menghulurkan bantuan.Beliau yang kini berusia 71 tahun sedang mengidap penyakit barah usus.

Beliau menyarung jersi kebangsaan sebanyak 115 kali termasuk Sukan SEAP 1969 (Burma), pingat perak Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971 dan pingat gangsa Sukan SEAP di Singapura. Beliau juga pernah tercalon dalam Anugerah Jaguh Bolasepak Malaysia sebanyak tiga kali dari tahun 1971 -1973.

Turut serta melawat beliau adalah En Aminuddin (Pengurus Operasi  YAKEB), rakan-rakan seperjuangan, Persatuan Penyiar Muda Malaysia dan Harley Utara Group. Sama-sama kita mendoakan agar beliau segera sembuh. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.