KUALA LUMPUR: Bekas atlet bola baling negara, Kamiley Ngah yang mengidap kanser usus memerlukan bantuan RM40,800 bagi menampung kos rawatannya.

Dia yang pernah membantu skuad negara meraih pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi 2003 dan Korat 2007 berkata, pada mulanya dia mengidap kanser usus sebelum merebak ke bahagian paru-paru, tulang dan ‘lymph nodes’.

“Saya mula sakit pada Oktober 2010 dan sudah menjalani 17 kali rawatan kimoterapi secara keseluruhan. Saya juga menjalani pembedahan membuang usus dan pundi kencing secara kekal dan perlu menggunakan beg (urin) sehingga akhir hayat.

“Untuk sekali rawatan kimoterapi kosnya RM6,800. Jadi jumlah keseluruhan selepas ini dalam RM40,800 untuk perubatan saja. Daripada kos rawatan di hospital, saya menggunakan kad YAKEB (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) dan majikan,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak yang berusia 43 tahun itu berkata demikian selepas dikunjungi Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan pasukan ‘Visit & Treat’ YAKEB di rumah di Gombak, hari ini.

Sementara itu, Noorul berkata, pihaknya akan cuba membantu mendapatkan dana yang diperlukan itu bagi membolehkan Kamiley menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, 24 Mac ini.

“Hari ini kami memberikan wang untuk bantu kos perjalanannya (ke hospital) dan dari segi peralatan, kita akan lihat kemudian.

“Bantuan ini sehingga ke peringkat maksimum dan sekiranya perlu mendapatkan bantuan luar, kami akan turut mendapatkannya.

“Bantuan peralatan ini berbeza daripada bekas atlet lain (yang pernah dibantu), ini lebih kepada bantuan daripada segi perubatan kerana ubatnya menelan kos begitu tinggi,” kata Noorul.

sumber daripada : Berita Harian Online

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.