KUALA LUMPUR: Seramai 60 bekas atlet menyertai Kursus Kemahiran dan Keusahawan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berlangsung seminggu bermula Isnin lalu.

Inisiatif dengan kerjasama Yayasan Hasanah itu antara langkah YAKEB membantu bekas atlet terutamanya yang terkesan daripada aspek ekonomi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meningkatkan kualiti isi rumah dan pendapatan mereka.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, sebanyak dua kursus disediakan iaitu kemahiran dan keusahawan dengan tiga pilihan ditawarkan iaitu menyertai kelas bakeri, masakan dan servis pendingin hawa sebelum mereka melangkah ke fasa kelas keusahawan.

“Untuk kursus keusahawan, kami akan membimbing mereka mengenai pemasaran secara atas talian. Selama tujuh hari itu, kami akan menyediakan mereka ilmu secara teori serta praktikal sebelum pada Ahad nanti, mereka ini akan diberikan sijil daripada Kolej Universiti Genovasi,” kata Noorul Ariffin.

Selain kursus, YAKEB akan menyediakan modal permulaan yang berbentuk barangan peralatan sebagai langkah buat peserta memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Antara yang menyertai kursus itu ialah bekas juara silat dunia, Zakri Ibrahim, bekas jaguh jalan kaki kebangsaan, Mohd Sharulhaizy Abdul Rahman dan Fong Chein Wai (karate).

 

Sumber dari : Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Seramai 60 bekas atlet menyertai Kursus Kemahiran dan Keusahawan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berlangsung seminggu bermula Isnin lalu.

Inisiatif dengan kerjasama Yayasan Hasanah itu antara langkah YAKEB membantu bekas atlet terutamanya yang terkesan daripada aspek ekonomi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meningkatkan kualiti isi rumah dan pendapatan mereka.

Sumber dari : Berita Harian Online

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.