KUALA LUMPUR: Kursus Kemahiran dan Keusahawan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

 

Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Reezal yang turun padang untuk menyaksikan sendiri kursus itu optimis ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh bekas atlet kebangsaan khususnya yang terkesan daripada aspek ekonomi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membantu meningkatkan kualiti isi rumah dan pendapatan mereka.

 

Dalam lawatan terbabit, Reezal ditemani Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang turut memberikan penjelasan terhadap jenis kursus yang ditawarkan kepada 60 bekas atlet kebangsaan itu.

 

 

REEZAL dan Noorul Ariffin sedang memerhatikan bekas atlet yang menyertai ursus kemahiran dan keusahawanan anjuran YAKEb di Bukit Kiara, semalam.
REEZAL dan Noorul Ariffin sedang memerhatikan bekas atlet yang menyertai ursus kemahiran dan keusahawanan anjuran YAKEb di Bukit Kiara, semalam.

“Tiga jenis program yang ditawarkan iaitu menyertai kelas bakeri, masakan dan servis pendingin hawa sebelum mereka melangkah ke fasa kelas keusahawanan.

 

“Alhamdulillah, program ini dapat membantu bekas atlet yang memerlukan. Insya-Allah niat yang murni akan dapat dilaksanakan dengan baik. Sempat juga saya memantau latihan pasukan boling padang kebangsaan dan beramah mesra bersama atlet-atlet kita,” kata Reezal.

 

Sebagai rekod, kursus anjuran YAKEB sejak Isnin lalu itu mendapat kerjasama Yayasan Hasanah dan ia disertai beberapa bekas atlet kebangsaan seperti bekas juara silat dunia, Zakri Ibrahim; bekas jaguh jalan kaki kebangsaan, Mohd Sharulhaizy Abdul Rahman dan Fong Chein Wai (karate).

 

Noorul Ariffin berkata, bukan setakat bimbingan malah YAKEB turut menyediakan modal permulaan yang berbentuk barangan peralatan sebagai langkah awal buat peserta memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

 

“Untuk kursus keusahawan, kami akan membimbing mereka mengenai pemasaran secara atas talian. Selama tujuh hari itu, kami akan menyediakan mereka ilmu secara teori serta praktikal sebelum pada Ahad nanti, mereka ini akan diberikan sijil daripada Kolej Universiti Genovasi,” kata Noorul Ariffin.

 

Sumber daripada : Berita Harian Online

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.