KUALA LUMPUR: “Saya belum terdesak sehingga mahu jual pingat,” kata bekas pesilat wanita negara, Azlinda Ahmad.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan pingat yang didakwa dijual kepada kedai barangan terpakai atau bundle seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini jatuh di tangan orang lain.

“Sebenarnya saya pun baru sedar perkara ini apabila membaca laporan akhbar hari ini. Saya agak terkejut dan terkilan dengan laporan itu yang tidak mendapatkan kepastian daripada saya sendiri.

“Saya ingin jelaskan bukan saya yang jual pingat itu. Bukan saya yang menjejakkan kaki ke kedai bundle seperti yang dikatakan.

“Buat masa ini saya sedang menyiasat dan akan mendapatkan kepastian daripada pemilik kedai bundle itu sendiri. Namun, saya tidak nafikan yang mungkin pingat itu sudah tidak berada dalam simpanan saya disebabkan kecuaian saya sendiri.

“Sebelum ini saya sering berpindah-randah dan rumah pernah dinaiki air akibat banjir dan mungkin sebab itu saya terlepas pandang, lagipun pingat itu sudah lama,” kata Azlinda di sidang media bersama Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed di pejabat YAKEB, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Azlinda terpaksa menjual pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta baju silat Malaysia kepada satu kedai barangan terpakai di Kuala Lumpur dengan harga semurah RM100.

Mengulas lanjut, Azlinda yang kini tidak mempunyai pekerjaan mengakui laporan berkenaan mengaibkan dirinya.

“Laporan ini juga seolah-olah menunjukkan yang bekas atlet tidak dibantu oleh pihak yang sewajarnya. Tetapi yang sebenarnya YAKEB sudah banyak bantu saya.

“Kalau betul saya sangat terdesak, saya pasti YAKEB yang pertama akan bantu saya,” katanya yang turut menjadi jurulatih silat secara sambilan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

 

 

sumber Daripada : Berita Harian Online

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.