‘Biarlah Saya Hidup Berdikari’ – Koh Lee Peng'

KUALA LUMPUR: Bekas perenang para negara, Koh Lee Peng memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa.

Sebelum ini, tular di media sosial dan dilaporkan dalam media bahawa Lee Peng, pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak ketika mewakili negara di APG dari 2001 hingga 2005 terpaksa menjual kantung tisu di kawasan Bukit Bintang demi kelangsungan hidupnya dan kononnya tiada pihak yang membantunya selama ini.

Sementara itu, Ti menjelaskan bahawa Lee Peng menjalankan perniagaannya di ibu negara sambil mengikuti rakannya ke kursus di sebuah syarikat penapis air selama tiga minggu di sini dan bakal pulang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok berikutan kursusnya tamat.

“Beliau ke sini bersama rakannya (yang dikenali sebagai Andrew) untuk mengikuti kursus dan perniagaan ini adalah kemahuan sendiri tanpa mengharapkan simpati daripada orang ramai. Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar (enterprise) yang cukup untuk membantu lapan lagi OKU di bawahnya.

“Jadi untuk mengatakan kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali. Kita juga ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi YAKEB, namun beliau memilih untuk berdikari sendiri.

“Bila isu ini diviralkan, beliau (Lee Peng) tidak gembira dengan situasi ini dan rasa terhina, beliau mengharapkan orang ramai menghormatinya,” kata beliau.

Sumber daripada Berita Harian