Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) ditubuhkan bagi mengurus dan menjaga kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang relevan. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi manfaat kepada bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU), agar kebajikan mereka terus terjamin selepas bersara daripada arena sukan.

Visi

Menjadi sebuah yayasan yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan berkualiti, berprihatin, berintegriti serta sentiasa mengutamakan keperluan ahlinya.

Misi

Beriltizam untuk membantu bekas atlet negara dan masyarakat melalui pelbagai bentuk bantuan serta sokongan yang berkesan.

Moto

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami. Keprihatinan Anda, Kebanggaan Kami.