SKUAD YAKEB PRIHATIN MENZIARAH BEKAS ATLET SOFTBALL NEGARA

Kota Bharu, Kelantan – Skuad YAKEB Prihatin hari ini telah menziarah bekas atlet softball negara, Mohd Isa Mohd Nor, yang pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA 1979, Jakarta, Indonesia.

Wakil tetap skuad, Mohd Emran Zakaria (sukan menembak), hadir ke kediaman beliau untuk bertanya khabar dan memberi sokongan selepas dimasukkan ke Hospital Bachok akibat serangan asma. Difahamkan, keadaan pernafasan beliau semakin mencabar sejak terlibat dalam kemalangan lalu yang menyebabkan kecederaan pada bahagian dada.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program YAKEB Prihatin, yang bertujuan memastikan bekas atlet negara terus mendapat perhatian dan sokongan moral, terutamanya mereka yang menghadapi cabaran kesihatan atau masalah peribadi.

Melihat ketabahan beliau menempuh ujian kesihatan ini, YAKEB mendoakan agar Mohd Isa diberikan kekuatan, kesembuhan yang berterusan, dan dipermudahkan segala urusan rawatan.