Kesinambungan Program Skuad YAKEB Prihatin di Utara
Skuad YAKEB Prihatin meneruskan lawatan ke utara tanah air dengan menziarah beberapa bekas atlet kebangsaan bagi menunjukkan sokongan moral, meninjau keadaan kesihatan, dan menyerahkan bantuan di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB.
Setelah menziarah Saidin Osman di Perlis, skuad sempat menziarah dua lagi lagenda bola sepak kebangsaan era Pesta Bola Merdeka, iaitu V. Marimuthu dan Ibrahim Saad, di kediaman masing-masing.
Marimuthu: Pulih dari Masalah Kesihatan
Marimuthu baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani rawatan akibat jangkitan kuman. Sewaktu lawatan dilakukan, beliau kelihatan semakin pulih dan bersemangat.
Beliau juga sempat membawa Skuad YAKEB Prihatin menziarah rakan seperjuangan beliau, Ibrahim Saad, yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
Ibrahim Saad: Sambutan Mesra Meski Menghidap Gout
Ibrahim Saad yang kini menghidap sakit gout menyambut kehadiran skuad dengan penuh mesra. Menurut beliau, ketika banjir baru-baru ini, beliau dan V. Marimuthu agak bernasib baik kerana rumah mereka tidak terjejas, walaupun kawasan sekitar dinaiki air.
Kunjungan ini memberi peluang kepada kedua-dua bekas atlet untuk berkongsi pengalaman, kenangan manis di padang bola sepak, serta cabaran yang dihadapi selepas bersara dari arena sukan.
Zamzuri Abu Bakar: Rakan Seperjuangan dan Wakil YAKEB di Kedah
Sebelum berlepas pulang, skuad turut menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Zamzuri Abu Bakar @ Pak Tam, bekas pemain sepak takraw kebangsaan (Sukan SEA 1995, Chiang Mai, Thailand) yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan motosikal.