KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mempunyai perancangan untuk menyediakan program kemahiran kepada bekas atlet yang mungkin berdepan kesulitan hidup ketika mengharungi pandemik COVID-19.

Ini termasuk menyediakan program latihan kemahiran bagi membantu mereka untuk menjadi usahawan kecil-kecilan.

“Kami akan memasuki fasa lain selepas ini dan kita akan cuba memberi latihan kemahiran kepada bekas atlet ini supaya mereka dapat menjadi usahawan kecil-kecilan,” kata Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

“Buat masa ini, Yayasan Hasanah tampil (memberi sokongan) dan mungkin kami akan memberi latihan kemahiran ini kepada mereka sekiranya menerima kelulusan daripada Yayasan Hasanah. Kami juga boleh membantu (bekas atlet) selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) semalam ada mengumumkan 36 program (buat belia dan atlet).

“Kami juga akan mohon daripada kementerian ini bagi membantu bekas-bekas atlet yang ada.”

Dalam pada itu, di pejabat YAKEB semalam, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor mengadakan dua program agihan bantuan Aidilfitri yang membabitkan kira-kira 200 bekas atlet dan atlet para negara.

Program selama dua hari itu adalah inisiatif kerajaan Selangor bagi membantu meringankan bebas bekas atlet dan atlet para yang kurang bernasib baik serta berdepan kesukaran ketika mengharungi COVID-19.

“Program ini adalah untuk mendekati atlet khususnya bekas atlet sejauh tahun 60-an. Ini adalah salah satu cara untuk kerajaan Selangor menyalurkan sumbangan atas jasa mereka sempena hari raya ini.

“Ada program rumah ke rumah (dalam tentatif program dua hari itu) selain membolehkan kami saling bertukar pandangan. Sumbangan yang disampaikan berjumlah RM200 selain barangan hari raya kepada mereka.

“Saya berharap program seperti ini dapat dikekalkan seterusnya memberi semangat kepada mereka yang pernah mewakili Selangor satu masa dulu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Antara bekas atlet hadir menerima sumbangan itu adalah Halimah Hassan (boling padang), Azhar Mohd Sharif (bola sepak), Muhamad Koh Abdullah (angkat berat), Yahya Ahmad (berbasikal), Zakri Ibrahim (silat) dan Mohd Faiz Zamahuri (bola keranjang).

 

sumber dari : Berita Harian OnlineĀ 

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.