April 21, 2015

Bicara Pengerusi

…بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamu’alaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini. Sebagai warga YAKEB, kami merasa bangga di atas kunjungan YBhg Dato’/Tuan/ Puan.

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan YAKEB menyalurkan maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua. Sebagai satu bentuk medium penghubung, pembangunan laman web ini adalah salah satu usaha YAKEB ke arah memantapkan dan membudayakan pengurusan maklumat secara lebih sistematik.

Salah satu dari matlamat YAKEB adalah untuk menggerakkan lebih banyak inisiatif untuk faedah dan kebajikan ahlinya. Untuk mencapai objektif ini, maka prinsip asas yang telah diterapkan ialah ‘memudahkan’ – memudahkan segala urusan para ahli, serta memudahkan para dermawan yang ingin berurusan dengan YAKEB. Pada masa yang sama, aspek integriti terus menjadi tunjang dalam setiap tindakan dan tidak dikompromikan.

Ini semua memerlukan kita semua bekerja dengan lebih tekun serta efisien disamping pantas dan proaktif dalam menterjemahkan setiap keperluan dan kehendak ahli begitu juga para dermawan.

Saya berharap agar segala maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi keperluan semua, terutamanya mengenai perkembangan terkini yang melibatkan para bekas atlet Negara di seluruh Malaysia serta aktiviti-aktiviti YAKEB itu sendiri sama ada dulu, kini dan akan datang.

Akhir kata, terima kasih kepada YBhg Dato’/Tuan/Puan kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini agar mampu menjana sumber maklumat penting dan memenuhi aspirasi semua amatlah dihargai.

InsyaAllah, sehingga bertemu lagi di lain bicara.

Sekian.

Pengerusi

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan

Leave a Reply