Info Korporat

Sejarah Penubuhan

latarbelakang_1

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah didaftarkan di Kuala Lumpur di bawah Akta Syarikat 1965   pada 25 Julai 2007, dan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2008. Majlis pelancaran rasmi penubuhan YAKEB telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 25 Julai 2009. Isteri Perdana Menteri, YABhg. Datin Paduka Sri Rosmah Mansor adalah Penaung kepada Yayasan ini.

Bekas ratu pecut tanah air, Dato’ Paduka Dr. Mumtaz Jaffar dilantik sebagai Pengerusi pertama bersama barisan Ahli Lembaga yang terdiri daripada Datuk Wira Mazlan Ahmad, Dato’ Zolkples Embong, Prof Dato’ Khairil Anas Jusoh, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, Dato’ Anthony Firdauz Bujang, Dato’ Dr. Ramlan Aziz, Datin Sri Ismalina Ismail, Tuan Hj. Ibrahim Mohamad – kini diterajui kepimpinan baru, (rujuk ruangan Lembaga Pengarah).

latarbelakang_2

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat, bekas jaguh Olimpik, Dato’ Soh Chin Aun, Dato’ Nashatar Singh, Dato’ M.Rajamani, Rosman Alwi, Ishtiaq Mubarak serta Sidek Brothers – Datuk Misbun, Razif, Jalani, Rahman, dan Rashid Sidek adalah antara kumpulan awal bekas atlet yang berdaftar menjadi ahli YAKEB yang kini mencecah angka hampir 1900.

Visi Misi

Menjadi Sebuah Yayasan Yang Cemerlang Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti, Berkeprihatinan, Integriti dan Mengutamakan Keperluan Ahlinya.
Beriltizam Untuk Membantu Para Bekas Atlet Negara dan Masyarakat Melalui Bantuan dan Sokongan Yang Berkesan.
Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami... Keprihatinan Anda, Kebanggaan Kami

Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor

Penaung

YB Khairy Jamaluddin

Penasihat

Datuk Abdul Malek Mohamed Noor

Pengerusi

Zuhairi Abdul Manaf

Pengurus Besar

zuhairi@yakeb.org.my

Aminuddin Nasir

Pengurus Operasi

aminuddin@yakeb.org.my

Kamarulzaman Yusoff

Eksekutif Kanan Kewangan

kamarulz@yakeb.org.my

Ismail Aziz

Eksekutif Perhubungan Korporat

ismail@yakeb.org.my

Mohd Ashraf Mazlan

Pegawai Khas Kepada Pengerusi

ashraf@yakeb.org.my

Zulkifli Mohamad

Eksekutif Hal Ehwal Ahli

zul@yakeb.org.my

Yasmeen Basheer Ahmad

Eksekutif Pentadbiran

yasmeen@yakeb.org.my

Anwar Roslan

Pembantu Tadbir

nuar@yakeb.org.my