Nama Nekmat Jantan pernah bergema sebagai petinju negara. Di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, beliau berdiri megah mewakili Malaysia dan menghadiahkan pingat perak buat negara.
Hari ini, hidup Nekmat jauh berbeza.
Akibat strok, beliau tidak lagi mampu bekerja. Pergerakan terbatas, rutin harian berubah, dan Ramadan yang bakal tiba disambut dengan serba kekurangan. Namun satu perkara kekal—maruah dan ketabahan seorang atlet yang tidak pernah menyerah kalah.
YAKEB bersama Astro Arena dan PEKEMA menziarah Nekmat di Bukit Katil, Melaka, menyampaikan sumbangan sebagai persediaan beliau menghadapi Ramadan dan Syawal. Kunjungan ini dirakam untuk Program Khas Projek Ramadan, bukan untuk mengimbau kejayaan semata-mata, tetapi untuk mengingatkan kita tentang kehidupan selepas sorakan penonton berakhir.
Kisah Nekmat Jantan dan beberapa bekas atlet negara lain akan dikongsikan menerusi Program Khas Projek Ramadan, yang bakal disiarkan sepanjang bulan Ramadan dalam rancangan Nadi Arena, di saluran Astro Arena.
Inilah realiti sebahagian bekas atlet negara.
Mereka pernah memberi segalanya untuk Malaysia—dan hari ini, mereka memerlukan sokongan kita pula.
Buat bekas atlet yang pernah mewakili negara sekurang-kurangnya ke Sukan SEA, pendaftaran sebagai ahli YAKEB boleh dibuat secara manual atas secara atas talian di website yakeb – www.yakeb.org.my.
Kerana perjuangan tidak sepatutnya dilupakan hanya kerana masa telah berlalu.
© 2025 – YAKEB – YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN