Sejarah Penubuhan

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah didaftarkan di Kuala Lumpur di bawah Akta Syarikat 1965   pada 25 Julai 2007, dan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2008. Majlis pelancaran rasmi penubuhan YAKEB telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 25 Julai 2009.

Bekas ratu pecut tanah air, Dato’ Paduka Dr. Mumtaz Jaffar dilantik sebagai Pengerusi pertama bersama barisan Ahli Lembaga yang terdiri daripada Datuk Wira Mazlan Ahmad, Dato’ Zolkples Embong, Prof Dato’ Khairil Anas Jusoh, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, Dato’ Anthony Firdauz Bujang, Dato’ Dr. Ramlan Aziz, Datin Sri Ismalina Ismail, Tuan Hj. Ibrahim Mohamad – kini diterajui kepimpinan baru, (rujuk ruangan Lembaga Pengarah).

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat, bekas jaguh Olimpik, Dato’ Soh Chin Aun, Dato’ Nashatar Singh, Dato’ M.Rajamani, Rosman Alwi, Ishtiaq Mubarak serta Sidek Brothers – Datuk Misbun, Razif, Jalani, Rahman, dan Rashid Sidek adalah antara kumpulan awal bekas atlet yang berdaftar menjadi ahli YAKEB yang kini mencecah angka hampir 3000.

 

TENTANG YAKEB

Secara dasarnya YAKEB ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai, untuk mencapai matlamat, memberi manfaat kepada para bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU)

 

VISI

Menjadi Sebuah Yayasan Yang Cemerlang Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti, Berkeprihatinan, Integriti dan Mengutamakan Keperluan Ahlinya.

 

MISI

Beriltizam Untuk Membantu Para Bekas Atlet Negara dan Masyarakat Melalui Bantuan dan Sokongan Yang Berkesan.

 

MOTO

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami… Keprihatinan Anda, Kebanggaan Kami