Kebajikan & Kesejahteraan: Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas (Khairat Kematian) kepada dua keluarga bekas atlet negara. – Allahyarham Rosli Ab Rahman, bekas atlet sepak takraw negara & Mendiang Wong Choon Hin, bekas atlet hoki negara

23 Januari 2026, Bukit Kiara Kuala Lumpur – Hari ini berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKEB yang pertama bagi tahun 2026, membincangkan hala tuju, perancangan serta pengurusan berterusan bagi memastikan kebajikan bekas atlet negara terus terpelihara.

Dalam kesempatan yang sama, YAKEB turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas (Khairat Kematian) kepada dua keluarga bekas atlet negara.

YAKEB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosli Ab Rahman, bekas atlet sepak takraw negara yang pernah mewakili Malaysia di Sukan Asia 1990, Beijing, dan Mendiang Wong Choon Hin, bekas atlet hoki negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 1972, Munich, atas pemergian mereka.

Sumbangan disampaikan Pengerusi YAKEB, Dato’ Hj. Ahmad Shapawi Ismail kepada waris masing-masing, Puan Zuraini Ahmad dan Puan Sia Eng, sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan YAKEB atas jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh kedua-dua bekas atlet ini terus dikenang, dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan.