Skuad YAKEB Prihatin Menziarah Bekas Atlet Ragbi Negara, Badrul Hisham

11 Februari 2026, Hospital Selayang – Skuad YAKEB Prihatin hari ini telah mengadakan lawatan ziarah ke atas bekas atlet ragbi kebangsaan, Badrul Hisham Hashim, yang kini menerima rawatan di Hospital Selayang.

Badrul dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas yang teruk. Pihak Hospital Selayang kini memantau keadaan beliau dengan rapi, dan sekiranya perlu, beliau akan dirujuk ke Hospital Serdang (Pusat Jantung) untuk rawatan lanjut. Semoga beliau cepat pulih dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Badrul merupakan bekas pemain ragbi negara yang pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, menyumbang tenaga dan dedikasi demi nama negara. Turut hadir memberi sokongan ialah Lee Nyuk Fah, bekas atlet ragbi kebangsaan, mantan Pengarah Kejurulatihan Ragbi Malaysia serta mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKEB. Walaupun berlainan latar dan bangsa, mereka disatukan oleh semangat perjuangan yang sama di gelanggang suatu ketika dahulu.

Melalui aktiviti Visit & Treat, skuad YAKEB sering menyaksikan semangat setiakawan dan persaudaraan dalam kalangan bekas atlet. Hari ini sekali lagi, keakraban tersebut jelas terlihat apabila rakan-rakan lama bertemu dan saling memberi sokongan, menegaskan bahawa ikatan mereka tidak pernah pudar walaupun gelanggang telah ditinggalkan. YAKEB menjadi saksi bahawa apabila seorang diuji, yang lain sentiasa hadir sebagai rakan seperjuangan