Tatkala kaum hindu bergembira menyambut Deepavali pada 29hb Oktober 2016, Saudara Abdul Mutalib Bin Mydin (No Ahli : 211), bekas atlet lumba basikal telah melalui detik malang apabila beliau mengalami kemalangan jalan raya di Kota Bharu ketika dalam perjalanan menyertai seminar. Akibat dari mengelak sebuah kereta yang menukar lorong, beliau yang menunggang motosikal telah melanggar belakang sebuah kereta yang lain.

Susulan dari kemalangan itu, beliau di kejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan tidak sedarkan diri selama tiga hari. Sekembalinya dari Kota Bharu, beliau di masukkan ke wad Hospital Sg Buloh bagi menjalani prosedur pembedahan kedua. Namun sehingga kini beliau masih tidak boleh berjalan seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, skuad prihatin YAKEB yang di ketuai oleh Pengurus Besar, Zuhairi Bin Abd Manaf, Pengurus operasi, En Aminuddin Mohd Nasir dan bekas jaguh lumba basikal negara, Datuk ng Joo Ngan (No ahli : 954) telah melawat beliau di kediamannya yang terletak di sg buloh.

YAKEB menyampaikan bantuan bernilai RM860.00 kepada bekas jaguh lumba basikal negara itu. Jumlah tersebut adalah mengikut kos rawatan dan pembedahan sebenar. Skim Bantuan Khas Pembiayaan Hospital ini mempunyai dua jenis iaitu tidak perlu membayar apa-apa dan kita serahkan surat jaminan (GL) bagi yang ke hospital panel atau bagi yang mengunakan hospital bukan panel, pesakit perlu membayar dulu kemudian kita akan membayar balik kepada mereka mengikut jumlah sebenar yang dikenakan dengan had maksimum sebanyak RM20,000.00 bagi pesakit ‘in patient’.

Seluruh warga kerja YAKEB mendoakan agar saudara Abdul Mutalib Bin Mydin  kembali sihat seperti sedia kala.

About the Author

By oaexB4TqH7 / Administrator, bbp_keymaster on Oct 29, 2016