Hari Penuh Inspirasi di YAKEB: SEG, Astro Arena & Jakel Berganding Menyokong Bekas Atlet

23 Disember 2025 – Hari ini, YAKEB menjadi tumpuan kunjungan istimewa apabila menerima tetamu hebat dari Saadah Education Group (SEG), Astro Arena, dan Jakel. Kehadiran mereka bukan sekadar lawatan biasa, tetapi menandakan kerjasama strategik yang akan memberi manfaat kepada bekas atlet negara dan komuniti setempat. SEG, yang diketuai Sheikh Prof Dr Omar Kalash, hadir bersama […]

Read more

Jasa Diangkat, Kebajikan Dijaga: YAKEB Menyantuni Legenda Atlet Para Negara

23 Disember 2025 – Hari ini, di Pejabat Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), tercipta sebuah detik yang sederhana namun sarat dengan makna. Ia bukan sekadar penyerahan sumbangan, tetapi sebuah tanda ingatan dan penghargaan kepada insan-insan yang pernah mengharumkan nama Malaysia dengan keringat, air mata dan pengorbanan yang tidak ternilai. Di hadapan kami berdiri P. Mariappan, […]

Read more

Visit & Treat | Skuad YAKEB Prihatin di HKL

20 Disember 2025 – Alhamdulillah, Skuad YAKEB Prihatin baru-baru ini mengadakan lawatan susulan ke atas bekas penjaga gol legenda negara, Ahmad Sabri Ismail, di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lawatan ini adalah kesinambungan daripada kunjungan terdahulu ketika beliau mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Ahmad Sabri bin Ismail merupakan bekas penjaga gol profesional […]

Read more

Visit & Treat | Skuad YAKEB Prihatin Menziarahi Bekas Atlet Silat Negara di Hospital Kajang

20 Disember 2025 – Skuad YAKEB Prihatin hari ini telah mengadakan aktiviti Visit & Treat dengan menziarah bekas atlet silat negara, Mohd Azam Mokhtar, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kajang. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan YAKEB dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan atlet serta bekas atlet sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berdepan […]

Read more

Visit & Treat | Kunjungan Susulan Skuad YAKEB Prihatin Bersama Adnan Ibrahim

Skuad YAKEB Prihatin telah mengadakan kunjungan susulan ke kediaman bekas atlet, Adnan Ibrahim, di Kelantan sebagai kesinambungan kepada lawatan kebajikan yang diadakan pada 26 November lalu. Lawatan ini dilaksanakan di bawah inisiatif Visit & Treat yang memberi fokus kepada kebajikan serta kesejahteraan bekas atlet negara. Pada lawatan terdahulu, Adnan Ibrahim telah meluahkan keperluan untuk mendapatkan […]

Read more

Visit & Treat | Kisah V. Marimuthu, Ibrahim Saad & Zamzuri Abu Bakar, Bekas Atlet Kebangsaan

Kesinambungan Program Skuad YAKEB Prihatin di Utara Skuad YAKEB Prihatin meneruskan lawatan ke utara tanah air dengan menziarah beberapa bekas atlet kebangsaan bagi menunjukkan sokongan moral, meninjau keadaan kesihatan, dan menyerahkan bantuan di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB. Setelah menziarah Saidin Osman di Perlis, skuad sempat menziarah dua lagi lagenda bola sepak kebangsaan era Pesta […]

Read more