Sinergi Kebajikan Demi Bekas Atlet

13 Januari 2026,Wisma Pekema, Cyberjaya – Satu pertemuan strategik telah berlangsung melibatkan Pekema, Yayasan Pekema, Astro Arena dan YAKEB bagi meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa kebajikan bekas atlet negara. Pihak Pekema memaklumkan bahawa mereka telah sedia mewujudkan kategori penerima bantuan dalam kalangan pelajar dan seniman, dan pertemuan ini membuka peluang terbaik untuk memperluaskan inisiatif tersebut dengan mewujudkan satu lagi kategori khas buat bekas atlet negara.

Perbincangan ini juga membuka ruang sinergi yang lebih menyeluruh, termasuk perancangan menjayakan Projek Ramadan 2026 serta inisiatif agar setiap program dan aktiviti sukan anjuran Pekema dan Yayasan Pekema turut memberi manfaat secara langsung kepada bekas atlet. Astro Arena akan memainkan peranan sebagai rakan penyiar, manakala YAKEB akan bertanggungjawab mengenal pasti dan mencadangkan penerima bantuan yang layak.

Kerjasama ini diharap menjadi pemangkin kepada usaha kebajikan yang lebih mampan dan berimpak tinggi untuk bekas atlet negara