Skuad YAKEB ke Pulau Pinang dan Kedah sempena jemputan ke program reunion bekas pemain sepak takraw di Penang dan pelaksanaan program mini YAKEB Turun Padang di Kedah. Disamping itu, skuad turut teruskan misi Visit & Treat – ziarah, sumbang, dan santuni bekas atlet kebangsaan.
Di Penang, kami sempat bertemu Dato’ Shukor Salleh – lagenda Harimau Malaya era 70-an. Antara pencapaian hebat beliau: pingat gangsa Sukan Asia 1974, layak ke Olimpik 1980, dan Olahragawan Kebangsaan 1977. Terima kasih juga kepada Johari Maina, lagenda bolasepak Pulau Pinang dan bekas pemain kebangsaan yang sudi menjadi host pertemuan penuh makna ini.
Di Kedah pula, selepas program mini YAKEB Turun Padang, kami menziarah bekas pemain sepak takraw negara, Sulaiman Hj Ibrahim. Beliau pernah sumbang emas SEAP Games 1975. Beliau hadapi penyakit kencing manis dan sebelum ini YAKEB telah bantu salurkan katil hospital khas untuk kegunaannya.
Menariknya, Skuad YAKEB juga sempat singgah di Sabut Ikan Bakar, Kuala Perlis – kedai makanan laut yang diusahakan oleh bekas atlet tinju negara, P. Moideen Kutty P. Said Ali bersama anak-anaknya. Makanan padu, servis terbaik!
YAKEB akan terus menyokong ahli-ahlinya yang menceburi bidang perniagaan, termasuk dengan mewujudkan satu page khas e-dagang dalam laman web rasmi YAKEB untuk bantu promosi produk & perkhidmatan mereka.
Kami doakan semua bekas atlet terus diberi kekuatan, kesihatan & rezeki yang berpanjangan.