Pada 8hb Disember 2016, bekas jaguh silat negara, Shuhardi Bin Chin (no ahli 1704) menerima kunjungan dari pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang diketuai Pengurus Operasi, Aminuddin Mohd Nasir, Eksekutif Kanan Kewangan, Kamarul Zaman Yussoff, bekas jaguh bolasepak negara, Dato’ Abdul Shukor Bin Saleh (no ahli 268) dan Dato Kuppan Muniandy (no ahli 10), bekas jaguh olahraga negara, Peyadesa A/L P.L.B Singha (no ahli 158) dan Sanmuganathan A/L K. Nainasagaram (no ahli 1929) serta bekas-bekas jaguh silat negara, Zakri Bin Ibrahim (no ahli 231), Shuhairi Bin Chin (no ahli 1705), Ahmad Faisal Bin Omar (no ahli 296), Mohd Zuber Bin Ismail (no ahli 1783) dan Borhan Bin Budong (no ahli 990).

Beliau yang pernah mengharumkan dengan meraih pingat emas di sukan SEA Brunei pada tahun 1999 telah di masukkan ke wad di hospital Pulau Pinang empat minggu yang lalu berikutan sakit kanser usus yang di alaminya. Beliau yang sebelum ini pernah menjalankan pembedahan berikutan sakit yang sama akan menjalani satu lagi prosedur pembedahan tidak lama lagi. Menurut doktor, Shuhardi Bin Chin memerlukan rawatan yang intensif serta penjagaan rapi.

Selain meraih pingat emas di Brunei, beliau juga telah memenagi pingat perak di temasya sukan SEA Thailand pada tahun 1995 dan pingat gangsa di kejohanan sukan SEA Jakarta pada tahun 1997.

Sementara itu skuad prihatin YAKEB juga tidak ketinggalan melawat rakan media RTM, saudara Amirul yang terbabit dalam insiden tembakkan yang berlaku baru-baru ini. Beliau yang di tempatkan di hospital yang sama tampak stabil dan beransur pulih dengan jagaan rapi oleh pihak hospital.

Seluruh warga kerja Yakeb mendoakan agar mereka cepat sembuh dan sihat sejahtera.

About the Author

By oaexB4TqH7 / Administrator, bbp_keymaster on Dec 08, 2016