Pada 12hb Januari 2017, skuad prihatin YAKEB telah melawat atlet ragbi yang juga merupakan ahli YAKEB, En Chan Cheng Mun (No ahli : 1939) di kediaman beliau yang terletak di Petaling Jaya.

Beliau yang pernah merangkul pingat perak  di sukan SEAP 1967,  Bangkok telah menjalani pembedahan saraf baru-baru ini. Dia juga telah dilantik menjadi ketua pasukan kebangsaan pada tahun 1968.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah ketua jurulatih pasukan kebangsaan, En Lee Nyuk Fah (No ahli : 399) dan bekas pelari 3000m berhalangan di sukan Komenwel 1998 Kuala Lumpur, N. Sanmuganathan (No ahli : 1929).

Seluruh warga kerja Yakeb mendoakan agar mereka cepat sembuh dan sihat sejahtera.

About the Author

By oaexB4TqH7 / Administrator, bbp_keymaster on Jan 12, 2017