KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan melaksanakan inisiatif Program Makanan Tambahan kepada atlet dan bekas atlet negeri itu.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150,279.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan program berkenaan membabitkan pemberian sumbangan makanan dan minuman berasaskan protein, vitamin dan minuman bertenaga kepada 500 atlet dan bekas atlet termasuk atlet para di negeri itu.

“Kriteria pemilihan penerima insentif ini adalah berdasarkan pembabitan atlet dan atlet para yang mewakili Selangor dalam SUKMA dan bekas atlet yang banyak berjasa kepada Selangor.

“Tujuan program ini adalah bagi meringankan beban atlet dan bekas atlet Selangor terutamanya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19.

“Selain itu, inisiatif kerajaan negeri ini bagi meningkatkan moral dan motivasi atlet dan atlet para untuk kekal aktif menjalani latihan serta meneruskan kehidupan seharian walaupun tidak lagi terbabit dalam aktiviti sukan,” katanya selepas merasmikan program itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menjelaskan seramai 50 bekas atlet kebangsaan dari Selangor mendapat bantuan berkenaan.

Antara bekas atlet kebangsaan yang R Palavendiran (bina badan), Michael Vally, Tang Song Hwa, Ahmad Mahmud, S Sukumaran, Norsham Yoon (olahraga), Anum Adnan, Rozita Latip (silat), Lim Kim Lian (bola sepak), Mary Soo (hoki), Bah Chu Mei dan (boling padang).

Noorul Ariffin berkata, selepas berjaya menjalan program berkenaan, YAKEB akan kembali memberi fokus kepada projek ‘home make over’ yang membabitkan 55 buah rumah bekas atlet kebangsaan.

“Sebenarnya kami sudah merancang untuk menjalankan aktiviti pemberian makanan tambahan ini sejak Disember tahun lalu namun ia terpaksa dianjak kepada tahun ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

“Sebelum ini kami tidak mampu untuk membawa bekas atlet kebangsaan menghadiri majlis penyerahan bantuan makanan tambahan,” katanya.

sumber daripada : Berita Harian Online

About the Author

By / WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.